Info Keluarga

Majlis dihadiri 40 orang tetamu, pengantin hanya habiskan RM3,370 raikan hari bahagia

Persiapan perkahwinan tentunya memeningkan kepala, mana tidaknya banyak perkara yang perlu dilakukan. Terutama dari segi pemilihan pakaian, pelamin, hantaran dan lain-lain lagi.

 

Orang kata kahwin ini hanya sekali seumur hidup tentunya nak yang terbaik dan puaskan hati.

  

Kos jimat kahwin masa PKP

Tapi lain pula dengan pasangan ini, bukan sahaja mengambil kesempatan berkahwin semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tapi sekaligus memilih untuk berjimat di hari bahagia mereka.

Menerusi video dimuat naik oleh seorang wanita dikenali sebagai Nshj96, dia berkongsi tips mengadakan majlis kahwin dengan kos serendah RM3,370 sahaja.

 

“Total bajet nikah RM3,370. Tak ada majlis sanding hanya nikah dan jamuan saudara, jiran dan kawan terdekat,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Tak ada barang hantaran

Menurut wanita berkenaan, jumlah tersebut menjadi begitu rendah disebabkan mereka tidak mempunyai barang hantaran serta cincin perkahwinan yang bernilai RM300.

Tidak itu sahaja, mereka hanya menjemput 60 orang tetamu bagi memeriahkan majlis kahwin mereka yang terdiri daripada saudara mara, jiran serta rakan terdekat.

Mudah kalau buat mudah

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata turut berkongsi pengalaman yang sama memandang berkahwin pada musim Covid-19. Malah netizen turut bersetuju bahawa perkahwinan itu sebenarnya sesuatu yang mudah.

    

Sumber : redaksi com / trendingkini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *