Info

Ini Cara Nak Order Aiskrim ‘Online’, Terus Lori Hantar Sampai Depan Rumah

Kebelakangan ni, cuaca asyik panas je kan. Dari tengah hari membawa ke petang lah bahang tu terasa. Selalu kalau panas-panas macam ni, dapat aiskrim buat penyejuk tekak pun ngam jugak.

Berita baik untuk pencinta aiskrim di luar sana, Nestlé Ice Cream Malaysia ada menyediakan perkhidmatan penghantaran aiskrim ke rumah tau. Bukan itu je, kaedah pembayaran secara cash on delivery pun diterima.

Kredit : Facebook Jalan-Jalan Cuti Santai

Lebih memudahkan lagi, pautan pesanan dikategorikan mengikut kawasan. Tinggal pilih je kawasan tempat tinggal dan perisa kesukaan korang. Boleh buat stok banyak-banyak, tak payah berebut dah lepas ni.

Kredit : Facebook Jalan-Jalan Cuti Santai

Nak tahu macam mana nak order aiskrim Nestlé secara atas talian terus ke depan pintu rumah? Ikuti perkongsian dari laman Facebook Jalan-Jalan Cuti Santai ini untuk maklumat lanjut.

INI CARA KORANG NAK PESAN AISKRIM NESTLE SECARA ONLINE, PENGHANTARAN TERUS KE RUMAH.

Bagaimana nak dapatkan penghantaran aiskrim Nestle?

1- Isi borang
2- Pilih lokasi ikut kawasan
3- Pilih aiskrim yang korang nak
4- Agent akan call sebelum penghantaran
5- Lori dah sampai baru bayar
6- Dah dapat aiskrim, so boleh lah makan aiskrim puas-puas

Kredit: Facebook Jalan-Jalan Cuti Santai

Ini link untuk order :
bit.ly/NIChomedelivery

Senang je kan? Lepas ni kalau craving aiskrim tak perlu dah keluar beli kat kedai. Pesan je secara atas talian, nanti abang Nestlé pin-pin depan rumah!

Sumber : Facebook Jalan-Jalan Cuti Santai / siakapkeli my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *