Keluarga Semasa

Kakak curi kad kredit aku untuk pergi bercuti dengan mak. Mulut mak masin, hingga kami kene musibah.

Salam admin dan salam semua yg membaca kisah aku.

Mula mula aku nak ucapkan terima kasih kpd admin kerana sudi terima cerita aku untuk dijadikan bahan bacaan umum.

Sewaktu aku sedang menulis kisah ini, aku masih dalam keadaan sebak dan masih sedih pabila mengenangkan ramadhan akan berakhir dan raya bakal menyusur.

mende ni berlaku apabila aku makin tertekan dengan mak aku sendiri. kisahnya bermula apabila aku rasakan yang aku makin ditekan

sehingga ke pelusuk hati sehingga aku sebagai seorang lelaki tertumpah air mata kerana memikirkan keluarga sendiri.

aku adalah anak ketiga dari 6 adik beradik. aku punyai abg dan kakak diatas aku. dan adik adik aku semua lelaki. hanya seorang shj perempuan dalam keluarga aku.

sehinggalah aku berjaya ke tahap sekarang. setiap bulan aku akan masukkan 300 kepada akaun mak aku dan juga 300 kepada akaun ayah aku. dan aku sentiasa balik setiap bulan untuk ambil bil api, air,

juga astro untuk dibayarkan. perkara ni memang wajib aku buat setiap bulan sehinggalah mak aku perasan dalam akaun dia ada 4k sewaktu semak duit br1m.

dan dia tanya abang aku, adakah abang aku yang masukkan duit kepada dia? sudah tentu abang aku cakap tidak. dan sewaktu tu lah dia tanya pula kepada aku. dan, aku cakap ya.

memang aku lah yg berikan dia duit tu semua. dia jadi seronok. Akibat dari seronok yg dia rasa. aku mula nampak. dengan duit yang aku berikan, dia pergi beli barang kemas, masuk kelas umrah,

derma kepada anak anak yatim dan aku juga seronok bila melihat dia buat perkara berfaedah dengan duit aku. tapi dia terlupa, dia masih ada 3 orang anak yang masih belajar.

elektrik, dan astro. berapa kali aku kena marah. tapi aku tak ambil kisah pon. malah aku gelakkan ayah aku lagi. sebab pelik ya amat. kenapa nak marah sedangkan aku tolong dia.

mak aku tak kisah malah makin seronok, dan perkara ni aku sedar selepas dia dah habiskan duit aku 4k tu. dia ada telefon dan minta aku masukkan 1k.

aku terkejutlah dan tanya kenapa, lalu dia cakap dia nak guna untuk daftar melancong. sewaktu tu, aku tak nak beri sebab aku nak bantu belikan motor kat adik aku di UIA.

masa tu aku baru perasan yang mak aku da naik mengeluh. dan terus letak telefon tanpa beri salam. tapi seminggu lepas tu,

ayah aku pula yang telefon minta kebenaran aku untuk berikan duit yang dalam akaun dia yang selama ni aku beri untuk ayah kepada mak aku. aku terkejut, kenapa ayah nak minta kebenaran aku.

sebab aku ni kadang buta kayu nak beli barang dapur, jadi kami pergilah beli dan abang aku pun sama sama nak bayarkan barang dapur. anak lelaki pergi beli barang dapur.

habis tunggang langgang. habis penuh satu van abang aku sebab kami ni beli ikut dan je. kebanyakan kami beli dengan harga bundle. macam nak kenduri.

dan kami bawa la bali kampung. sewaktu kami sampai, mak dan ayah kami terkejut sebab barang dapur yang kami beli tu terlalu banyak dan sewaktu tu mak aku terus assume abang aku untung berniaga sampai beli banyak ni.

tapi abang aku tetap kata aku yang bayar sedangkan kami bayar bersama. tapi mak aku tetap berkeras cakap abg aku juga yang belikan barang ni semua dan ucap terima kasih kat abg je.

sewaktu tu aku senyap je. aku da mula rasa yang aku ni dah dipandang lain oleh mak sendiri. Selepas kejadian tu,

Aku makin tertekan, aku terus beritahu abg dan abg aku lah yg marah dia sebab tak bekerja dan asyik meminta pada aku. Sedangkan aku masih lagi bayarkan bil rumah dan tetap berikan duit kat mak ayah aku sebab da jadi habit.

Tapi kakak aku tak berhenti, dia terus ceritakan kat mak yang aku tak beri dia duit belanja. Kemudian, mak pula telefon aku dan marahi aku, aku pun dengan berat hati tetap berikan duit kpd kakak aku.

Perkara ni makin memuncak bila, 1 hari tu mak aku ada mesej abang aku untuk berikan dia duit tambahan sebab dia nak pergi melancong lagi.

Dan dalam masa yang sama, kakak aku pula nak ikut sekali. Mereka berdua minta pada abang tapi abang tak dapat nak beri lebih sebab perniagaan abang aku tak berapa menjadi bulan tu.

Lalu mereka mula telefon aku dan meminta perkara yang sama. Aku dah mula naik gila dan memarahi mereka sebab memandang aku sebagai kaki cop duit.

Selepas isu tu nampak selesai, aku mengambil keputusan utk lepak rumah bersama abg dan tidur semalaman sebelum pulang ke Putrajaya keesokan hari.

2 minggu lepas kejadian dirumah, aku dengar kakak aku tetap ke luar negara melancong dengan mak aku.

Aku tak tahu dari mana datangnya duit mereka hinggalah 1 minggu selepas mak dan kakak aku balik dari bercuti, aku dapat surat dan mesej dari bank yang aku telah overuse kad kredit aku. aku da gelabah.

Bila pula aku guna kad kredit sampai overuse. Sedangkan aku dah lama tak guna kad kredit. Kad kredit aku sentiasa tersorok dalam dompet. Kadang tu berbulan aku tak guna. Bila aku tgk transactions.

Baru aku tahu yang kakak aku curi kad kredit aku sewaktu aku dirumah dan dia gunakan kad kredit aku untuk melancong dan beli apa yang dia nak dgn mak.

Abg aku terus back up aku dari tuduhan mak aku. dan ayah terus lempang kakak dan minta kakak pulangkan kad kredit aku, tapi kakak bermatian kata dia tak ambil.

Sehingga ayah nak lempang lagi sekali, barulah kakak mengaku dia ambil kad kredit aku dan dia pulangkan.

Mak aku terus kata dia da tak nak tengok muka aku dgn abg lagi kat rumah, dia suruh jgn balik lagi. Tapi ayah pula back up kami. Sewaktu tu ayah suruh kami balik Putrajaya dulu tenangkan fikiran dan kami akur.

Hanya kerana duit. Saya minta izin kepada ayah untuk tak nak pulang kampong. Tapi ayah tetap suruh pulang.

Apa perlu saya buat? Adakah terbaik untuk saya pulang ataupun tidak?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *