Uncategorized

5 Perkara Yang Akan Berubah Bermula 25hb Mei Ini Dalam PKP 3.0. Nombor 5 Ramai Pasti Akan Mengeluh – Awattt Syeikhhh Network

Hari ini sidang media MKN dan KKM tentang PKP 3.0 yang masih berjalan. Rata rata netizen menunggu apakah yang akan terjadi minggu depan.

Desas desus bahawa PKP 3.0 akan dilaksanakan seperti PKP 1.0 dimana ‘lockdown’ menyeluruh akan dibuat tidak terjadi.

 1) Jumlah sekatan jalan raya akan ditambah

Menurut Menteri Ismail Sabri, sekatan jalan raya akan ditambah lagi untuk menghadkan perjalanan ketika PKP 3.0

2) Waktu operasi ekonomi akan dihadkan

3) 80% sektor kerajaan manakala 40% sektor swasta berkerja di rumah

Terdapat dua strategi untuk mengurangkan pergerakan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali ini, umum Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Jelas Ismail, strategi pertama adalah mengurangkan jumlah pekerja yang bekerja di pejabat sama ada sektor kerajaan mahupun swasta, manakala strategi kedua pula adalah menghadkan masa operasi sektor ekonomi.

4) Pengangkutan awam akan di kurangkan 50%

Maknanya, penumpang didalam pengankutan awam seperti bas dan tren dikurangkan sebanyak 50% dari kapasiti.

5) Operasi perniagaan dihadkan dari 8 pagi sehingga 8 malam.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri memaklumkan bahawa sekatan tambahan berkaitan sektor ekonomi akan bermula di seluruh negara pada 25 Mei ini.

Menurutnya, operasi perniagaan dihadkan kepada jam 8 pagi sehingga 8 malam sahaja. Sektor ekonomi ini melibatkan restoran, kedai makan, kedai runcit, pasar raya, kedai dobi, klinik haiwan dan perniagaan-perniagaan yang lain.

KOMEN NETIZEN

“Aku bengang betul ayat duduk umah tu. dah klu kena keje bukan boleh duduk rumah pun. WFH 2 kali seminggu jek. Yg lain kena WFO so. Boleh ke nak duduk umah sahaja wahai menteri dan kerajaan”

“Sy sebagai salah seorang peniaga kecil lebih setuju utk lockdown. Dlm keadaan pkp 3.0 pun kami dh terjejas teruk. Berniaga tanpa pelanggan baik tutup terus. Duduk rumah”

“Kenapa mula buka kedai termasuk kedai makan pukul 8.00 pg. Sepatutnya dibenarkan buka lbh awal 6.30 pg atau 7.00 pg bagi membolehkan orang yang bekerja membeli makanan untuk dibawa ke office”

Artikel By : AwatttSyeikhh Network

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *