Dunia

Tular Bergambar Dengan Wanita S3ksi Pu Amin Tampil Jawab Dakwaan

Tiada angin tiada ribut, baru-baru ini tular beberapa gambar memperlihatkan Pencetus Ummah (PU) Amin bergambar bersama 2 wanita s3ksi menampakkan aur4t dalam satu majlis yang diadakan di bulan Ramadan

Gambar-gambar tersebut dikongsi di laman Instagram oleh pemilik akaun @nadiraisaac, dipercayai individu yang mengadakan majlis tersebut.

Memetik temubual bersama Utusan, lelaki berusia 31 tahun itu bagaimanapun menganggap perkara terbabit tidak salah memandangkan dirinya bukan berpelvkan atau menyentvh wanita-wanita tersebut.

Menurut pemilik nama Mohamad Amirul Amin Maula Lokman Hakim itu, dia sedar gambar yang diambil oleh individu tertentu pada malam Sabtu lalu di sebuah hotel terkemuka di ibu negara akan dimuat naik dalam laman sosial.

Malah, dia turut menduga akan menerima kec4man orang ramai.

“Betul, pakaian mereka tidak menutup aur4t. Tapi tak akanlah bila orang nak bergambar saya nak kata ‘tak boleh, awak ahli neraka’? Samalah juga jika ada golongan mak nyah yang nak bergambar, tak akan saya nak cakap begitu?
“Orang perl1 dan s1ndir saya senyum dalam gambar itu. Habis, dah namanya ambil gambar, tak akanlah saya nak buat muka marah pula?
“Pula itu, ada kalangan warganet yang komen itu sengaja jadikan ia bahan perbalahan parti politik pula,” katanya semasa dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Jelas Amin lagi, dia hadir ke majlis berbuka puasa itu sebagai tetamu jemputan untuk membaca doa selain memberi tazkirah Maghrib sebelum pulang menunaikan tanggungjawab sebagai imam di sebuah masjid.

“Sebelum pergi pun, saya dah bincang dengan isteri dan rakan-rakan. Semua kata ini peluang untuk berdakwah dan itulah yang saya lakukan semasa berada di majlis berkenaan.
“Depan-depan saya cakap semasa beri tazkirah kepada semua tetamu yang hadir. Saya sentuh mengenai topik pematuhan pakaian, sens1tiviti di bulan Ramadan, kuasa dan keampunan Allah SWT, semua nampak gembira dan menerima baik bila dengar ceramah saya.
“Selama ini orang asyik kata saya cuma cakap dan nasihat orang dalam Facebook saja, bila saya turun padang macam ini dan bukannya cuma berada di surau atau masjid, pun kena kec4m juga? Macam mana ini?” katanya.

Dalam pada itu, bekas peserta Pencetus Ummah itu telah pun meminta agar gambar tersebut diturunkan daripada pemilik akaun media sosial tersebut. Namun nampaknya, permintaan itu masih belum dituruti.

Selain itu, dia juga tidak menolak andaian sekiranya gambar itu akan digunakan bagi tujuan melonjakkan jenama produk tertentu tanpa pengetahuannya dan mendoakan semua yang terlibat mendapat hidayah.

Menjengah ke ruangan komen perkongsian Instagram tersebut, rata-rata netizen meng3cam tindakan wanita itu kerana memuat naik gambar yang boleh menimbulkan f1tnah berkenaan.

Terdahulu, 2 keping gambar yang memaparkan dirinya bersama dua wanita seks1 dalam sebuah majlis tersebar meluas setelah ia dikongsi oleh seorang daripada wanita tersebut di dalam akaun media sosialnya.

Sumber : OMM/mediakita

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, klik like dan share serta f0llow page kami untuk cerita menarik, viral dan semasa di hujung jari anda.

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *