Uncategorized

Hebat bertarannum, video Zizi Kirana mengaji dapat perhatian ramai

Nama Zizi Kirana rasanya bukanlah asing lagi dalam dunia seni suara. Cerita tentang kerjaya serta peribadinya dilihat berjalan seiring dan kerap kali mendapat perhatian peminat.

Paling mencuri tumpuan sudah pasti perubahan Zizi dari segi berpakaian apabila dilihat sudah tidak lagi mengenakan pakaian yang menjolok mata seperti sebelum ini.

Mengaji dengan tarannum

Pada tahun ini, sudah kali ketiga penyanyi berasal dari Sabah ini mengenakan hijab pada bulan Ramadan. Sudah pasti penampilannya dipuji ramai kerana terlihat lebih anggun dan berseri.

Selain itu, video dirinya sedang membaca al-Quran berserta tarannum telah berjaya menarik perhatian ramai.
<

Dapat perhatian warganet

Menerusi laman Facebook Azdan Quranic Center, Zizi Kirana telah membaca al-Quran bersama-sama seorang ustazah dikenali sebagai Ustazah Aisyah.

Video tersebut telah ditonton lebih dari 1 juta viewers walaupun baru sehari perkongsian tersebut dibuat. Video tersebut juga telah memperoleh 67 ribu tanda suka dan 12 ribu perkongsian semula di laman Facebook.

Menyentuh jiwa

Sehubungan dengan itu, rata-rata warganet telah meninggallkan komen diruangan tersebut dengan memuji kemerduan suara Zizi dan turut berasa kagum apabila penyanyi wanita terbabit mahir bertarannum sehingga setiap bacaan kedengaran begitu menenangkan.

Sedap suara Zizi

 

Bila kita tahu tajwid keseronokkan mengaji luar biasa

Sumber: Azdan Quranic Center/OMM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, klik like dan share serta f0llow page kami untuk cerita menarik, viral dan semasa di hujung jari anda.

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: