Uncategorized

Instafamous Slumber Rentas Negeri Untuk Bulan Madu, Siap Ajar Netizan Lagi

Memandangkan kita masih berada dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di beberapa negeri, maka banyak SOP yang perlu dipatuhi, antaranya tidak dibenarkan merentas negeri kecuali mendapat kebenaran pihak polis.

Hal ini menyebabkan ramai rakyat tidak dapat pulang ke kampung masing-masing kerana tidak mempunyai alasan kukuh.

Itu masih tidak mengapa, tetapi apabila ada personaliti media sosial berbulan madu dengan kebenaran polis, maka ramai netizen bengang.

Manakan tidak, sesetengah terpaksa memendam rindu kepada ibu bapa di kampung, tetapi ada pula insan berseronok dengan menyalahgunakan kebenaran tersebut. Pakai kabel ke?

Foto : Twitter

Menjawab soalan pengikutnya di Instagram, Datin Inaz menjelaskan kelulusan untuk merentas negeri bergantung kepada mood pegawai yang mengesahkan borang tersebut. Jadi, memang rezekinya boleh lulus, sementelah lagi ramai juga yang menggunakan cara sama, katanya.

Namun bagi netizen, itu melukakan mereka kerana dengan bangganya pasangan ini menayangkan gambar-gambar berbulan madu merentas negeri, seolah-olah tiada apa-apa.

Dikhabarkan, pasangan tersebut telah mengunci akaun masing-masing dan juga memadam gambar serta video yang mempunyai aktiviti berkaitan percutian.

Foto : Twitter

Mungkin ramai yang memahami bahawa ada sahaja individu yang mendapat kelulusan merentas negeri dengan pelbagai alasan. Namun dengan menunjuk-nunjuk sebegini pastinya membuatkan ramai yang marah kerana orang lain tidak boleh berbuat hal sama.

Di manakah keadilan kepada semua orang? Jadi, memang betul ianya bergantung pada pegawai yang meluluskan? PDRM, boleh beri penjelasan?

KKM Akan Tentukan Boleh Balik Beraya Atau Tidak – Ismail Sabri

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan bahawa keputusan rentas negeri itu akan bergantung kepada penilaian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Raya ini sama ada boleh balik kampung atau tidak, Kementerian Kesihatan yang akan buat keputusan dan sama ada sidang khas MKN membenarkannya atau tidak.

“Katakan bulan Mei nanti, mengikut jangkaan KKM kes turun menjadi 500, mungkin ketika itu KKM akan buat penilaian risiko dan nasihatkan kita,” katanya dalam sidang media, sebentar tadi.

Sementara itu, berita baik bagi peminat bola sepak, MKN juga telah bersetuju benarkan penyokong ke stadium bagi saingan bola sepak liga Malaysia bermula 1 April ini.

Bagi kawasan PKPB , hanya 10 % dari kapasiti penonton atau 2,000 orang, manakala, bagi kawasan PKPP, sebanyak 25% dari kapasiti penonton atau 8,000 orang.

sumber:trandingsangat

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, klik like dan share serta f0llow page kami untuk cerita menarik, viral dan semasa di hujung jari anda.

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *