Uncategorized

Namewee Akhirnya Ditahan Polis Sebaik Tiba Di KLIA

Penyanyi rap dan pengarah kontroversi Namewee akhirnya pulang ke Malaysia dari Taiwan semalam dan tiba sahaja dia dibawa ke pejabat polis lapangan terbang selama dua jam.

Menerusi perkongsian di Facebook itu, Namewee turut bergurau ketika berada di pejabat polis itu ramai yang mahu bergambar dengannya dan bertanya dimana boleh menonton filem ‘BABI’.

Namewee berkata dia akan menyerah diri ke Bukit Aman dan memberi kerjasama penuh dengan pihak polis selepas tamat kuarantin.

Terdahulu, meskipun filemnya berjudul ‘BABI’ tercalon dalam empat festival filem antarabangsa, namun filem tersebut mencetuskan kontroversi di Malaysia.

Malah, lebih menjadi bualan ramai apabila poster filemnya itu didakwa menyentuh sensitiviti kaum kerana mengandungi perkataan ‘Melayu Bodoh’, ‘India Keling’ dan ‘Cina Babi’.

Bagaimanapun, Naamewee menafikan poster filemnya itu menghina orang Melayu sebaliknya filem tersebut mengajak kepada perpaduan dan keharmonian sesama rakyat Malaysia dan bukannya untuk mencetuskan perkauman.

November tahun lalu. Pemuda Perikatan Nasional Wilayah Persekutuan membuat laporan polis terhadap Namewee, berkenaan poster filem terbarunya yang didakwa menyentuh sensitiviti kaum.

sumber:gulapop

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, klik like dan share serta f0llow page kami untuk cerita menarik, viral dan semasa di hujung jari anda.

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *