Uncategorized

Rasa Ditind4s Kesemua Bayaran Rider Wanita Ini Dibatalkan Selepas Terima Advan Pelanggan

Sejak pandemik COVID-19 hadir, dapat dilihat orang ramai bekerja keras dalam usaha untuk memperoleh pendapatan bagi menyara diri dan keluarga. Lambakan orang ramai yang turut menggunakan perkhidmatan kurier sekaligus menjadi peluang buang individu lain berkhidmat sebagai rider.

Dalam pada itu, di sebalik usaha baik individu ini dalam mencari rezeki, timbul pula isu di mana pegawai syarikat kurier J&T cawangan Cheras Jaya memilih untuk tidak memberikan sebarang bayaran gara-gara menerima advan daripada pelanggan.

Isu yang menimpa pengguna Facebook Nor Azirah melalui perkongsian daripada Group Gabungan despatch /driver courier malaya, beliau memaklumkan memulakan kerja dengan menghantar 100 parcel sehari pada hari pertama pekerjaan.

Kerja beliau diteruskan lagi pada hari kedua dengan menghantar 100 parcel lagi kepada pelanggan. Tugasan yang banyak diterima beliau dan dijalankan dari pagi sehingga ke malam. Beliau turut berkongsi pernah memaklumkan kepada pelanggan untuk menghantar barangan esok harinya kerana hari sudah malam serta mahu menguruskan anaknya yang masih kecil.

Dimaklumkan tidak layak terima bayaran

158868616_1133774067069759_2029100181197285572_o

SUMBER: FACEBOOK GABUNGAN DESPATCH /DRIVER COURIER MALAYA

Situasi menjadi pahit buat Nor Azirah apabila beliau dimaklumkan oleh pegawainya kerana terdapat pelanggan yang membuat aduan. Jawapan yang diterima membuatkan beliau tertanya-tanya mengenai prosedur J&T yang akan membatalkan komisen rider sekiranya meskipun terdapat satu advan daripada pelanggan.

Lebih perit, pegawai tersebut turut memaklumkan keputusan terpaksa dibuat daripada pihak atasan atas alasan beliau didakwa menipu.
158688566_1133774133736419_8950301549196113995_o

Situasi menjadi lebih perit buat ibu dengan lima anak ini apabila beliau dikatakan telah menerima 17 aduan daripada pelanggan serta dimaklumkan kesemua bayaran beliau dibatalkan.

Menerusi perkongsian beliau dalam group berkenaan, para netizen nampaknya turut berang dengan layanan yang diberikan kepada beliau oleh pegawai J&T Cheras Jaya.

Screen Shot 2021-03-13 at 11.10.56 AM

Perkongsian yang tular ini turut mendapat perhatian ramai sehingga beliau mendapat pengadilan oleh pengurus J&T Cheras Jaya sendiri. Menurutnya, beliau akhirnya telah menerima bayaran RM500 oleh pihak J&T.

Meskipun tidak tinggi nilainya, namun sedikit sebanyak dapat membantu beliau sebagai ibu untuk menyara anak-anaknya.

sumber:thevocket

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, klik like dan share serta f0llow page kami untuk cerita menarik, viral dan semasa di hujung jari anda.

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *