Uncategorized

Muncul kedai guna nama “Waris Amir” buat netizen tak puas hati

Selepas tiga hari m4yatnya ditemui di dalam tong air di kediaman di Taman Krubong Jaya, Alor Gajah Melaka, jenaz4h adik Zubaidi Amir Qusyairy, 7 tahun telah diserahkan kepada waris bagi urusan pengebu. mian.

Dituntut waris kandung

Pihak keluarga angkat g4gal untuk membawa pulang jen4zah berikutan tidak mendapat kebenaran daripada keluarga kandung dan akan disemadikan di Jasin, Melaka.

Menerusi Kosmo, j3nazah adik Amir dimaklumkan telah selamat dike. bumikan di Tanah Perku. buran Islam Padang Lebar, Simpang Bekoh, Melaka

Syukur jen4zah sudah dikebu. mikan

Hal ini juga dimaklumkan sendiri keluarga angkat allahyarham di media sosial apabila mengucapakan syukur urusan pengeb. umian sudah selesai.

Menerusi portal Melaka Hari ini juga turut memuat naik beberapa gambar jenzah yang dibawa ke Madrasah Assyakirin, Simpang Bekoh, Asahan untuk disembahyangkan sebelum di keb. umikan di tanah perk. uburan.

Dalam masa yang sama, telah tular di laman sosial apabila muncul sebuah kedai makan yang dikenali sebagai “Kari Kambing Pak Atan” di Jasin, Melaka, yang telah mendakwa mereka adalah waris kepada arwah Amir.

Apa yang lebih mengejutkan apabila baru-baru ini pihak itu dikatakan telah menukar nama kedai makan mereka kepada “Kari Kambing Pak Atan (Waris Amir)” dengan penambahan ‘Waris Amir’ di belakang nama kedai makan itu dan tindakan itu turut menimbulkan sedikit rasa ketidakpuasan di hati netizan.

Rata-rata Netizen di laman sosial telah meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan pihak tersebut yang dilihat seolah-olah seperti ingin memberitahu kepada semua bahawa mereka adalah waris kepada Arwh Amir.


Disebabkan tidak berpuas hati dengan tindakan pihak tersebut, salah seorang netizen telah bertindak untuk menukarkan nama kedai makan itu kepada “Kari Kambing Pak Atan (Waris Amir Gila Harta)” di Googlemap.

 

Terbaru, pihak Itu dikatakan telah pun menukarkan kembali nama kedai makan itu kepada yang asal.

 

Haihh, tak sangka ada juga ya yang suka mengambil kesempatan dalam kesempitan orang lain. Apatah lagi jenazah Amir baru sahaja lagi dikebumikan. Semoga kisah ini dapat menjadi pengajaran buat semua.

Kredit: @AimanMMG

Sumber: OhMedia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *