Hiburan

[V1DE0]”Aidil Mai Rumah Kami & T1dur Dengan Anak Seminggu” – Rita Rudaini Pec4h R4hsia!

Kemelut yang melibatkan antara aktres Rita Rudaini, 45, dan bekas suami, Aidil Zafuan, 34, nampaknya masih belum temui titik noktah.

Hari ini, Rita mendedahkan Aidil pernah datang ke rumah dan tidur dengan anak-anak, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna selama seminggu.

Difahamkan, kejadian tersebut terjadi sebelum Aidil mendirikan rumah tangga dengan Zarema Zainal.

Malah, katanya dia turut memasak untuk Aidil dan anak-anak makan bersama.

Tegas pemilik nama Rita Rudaini Mokhtar, dia terpaksa membuka rahsia kerana sudah banyak f1tnah yang tersebar.

“Siap masak bagi ayah dan anak makan bersama-sama. Jadi apa lagi? Haishh sebenarnya tak mau cerita sebab ini rahsia saya dan Aidil. Tapi banyak pula pihak sana tabur f1tnah kan. Jadi inilah kisah,” kata Rita menerusi ruangan komen di Instagram (IG).

 

Dalam pada itu, pelakon filem Mami Jarum ini berharap agar pihak berkaitan tidak mel3nting kerana dia berkongsikan cerita sebenar.

Malah, dia turut memohon agar tidak lagi menggangu kehidupannya bersama anak-anak.

“Jangan marah na. Ini adalah kisah benar, tak baik mohong (tipu). Dosa.. Bila dah ada yang mengungkit, jadi makanya kami nak habaq (bagitahu) lah perkara sebenar.

“Jangan dok kata kami yang dok hingaq (bising). Jangan dok kacau kami la kalau dah rasa bahagia dengan plan korang.

“Ke masih tak puas hati tengok saya masih elok hidup besarkan malaikat kecil saya? Insya-Allah. Allah tak pernah tinggalkan kami. Saya percaya, Allah akan lindungi orang yang benar dan ter4niaya.

“Bahagia la dengan cara sendiri. Masing-masing ada bahagian yang Allah dah janji. Jangan cuit, kalau tak mau terpelanting,” tulisnya lagi.

 

Terdahulu, Aidil mengeluarkan kenyataan mengenai kekesalannya dif1tnah dan dim4ki sehingga menyebabkan dia tampil bersuara mempertahankan diri.

Tidak mendiamkan diri, Rita menegaskan dia tidak pernah mengeluarkan kenyataan seperti yang didakwa bek4s suami, iaitu mengenai pemberian nafkah kepada anak-anak.

 

 

Sumber: Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *