Hiburan

Elisya Sandha kini tunangan anak Sheila Rusly

PETALING JAYA – Penerbit dan pelakon Sheila Rusly terharu apabila hubungan pelakon Elisya Sandha dengan anak lelakinya, Uzair Haqimy melangkah ke satu fasa apabila mereka kini sah bertunang.

Menerusi perkongsian dalam Instagramnya, penerbit itu memuat naik sekeping gambar dia berpelukan dengan seorang wanita yang berpakaian putih seperti pengantin di atas sebuah pelamin.

Meskipun tidak menunjukkan wajah, namun rata-rata peminat yakin wanita itu adalah Elisya berdasarkan kapsyen ringkas yang ditulisnya berbunyi: “Alhamdulillah.”

 


Perkara berkenaan kemudian disahkan oleh suami Sheila sendiri, penerbit dan pengarah Jinggo atau nama sebenarnya Azman Yahya yang berkongsi berita pertunangan anaknya menerusi sebuah video.

Dalam video berkenaan, Elisya yang kelihatan menangis diapit oleh ibunya, Hatijah Teh Man dan Sheila dalam persalinan serba putih.

 

Sementara kelibat Uzair yang mengenakan pakaian sedondon berwarna putih pula cuma dapat dilihat dari belakang.

“Teman dia macam mana papa teman mama,” tulisnya.

 

Perkongsian pasangan itu dihujani ucapan tahniah daripada peminat yang teruja melihat mereka akan menerima kehadiran menantu sulung dalam keluarga tidak lama lagi. – K! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *