Uncategorized

Anak Tak Sengaja Rakam Video Bapa Makan Nasi Tanpa Lauk, Jawapan Si Bapa Undang Seb4k

Tak semua di antara kita mempunyai kehidupan yang senang, duduk di rumah yang selesa dan makanan cukup terhidang atas meja. Ada yang terpaksa bercatu makanan dan memberi yang terbaik buat anak mereka, sedangkan mereka sendiri makan nasi kosong tanpa lauk.

Itulah yang dipaparkan dalam satu video TikTok yang viral baru-baru ini. Video tersebut kemudian dikongsikan @Nis_Ross di Twitter yang sebak melihat kehidupan seorang bapa dan anak ini yang serba kekurangan. 

“Papa makan nasi tak ada lauk?”

Video TikTok tersebut memaparkan seorang anak yang memberitahu bahawa dia baru saja makan nasi selepas si bapa membelikan lauk buatnya.

Apabila si anak menjenguk apa yang bapanya sedang makan, si anak kemudian terkejut dan bertanya mengapa bapanya makan nasi tanpa lauk pula? 

Si bapa selepas itu dilihat sedaya upaya cuba menyembunyikan dirinya daripada dirakam anak dan menjawab dia makan nasi dengan lauk walaupun jelas kelihatan pinggan tersebut hanya berisi nasi tanpa sebarang lauk. Aduhai sedih…

https://twitter.com/Nis_Ross/status/1354488801603686403?s=20

 

Video itu telah mendapat perhatian netizen yang sangat bersimpati dengan nasib anak beranak ini. Malah ada juga di kalangan netizen berkongsi video lain anak beranak tersebut yang kelihatan sangat bahagia walaupun hidup dalam kesusahan.

 

 

“Dia delete video sebab ada yang t0xic cakap dirancang” 

Sebaik saja video tersebut viral, netizen katanya telah mengec4m individu terbabit dengan anaknya yang dikatakan sengaja merancang adegan tersebut untuk meminta simpati orang ramai.

Walau bagaimanapun, Nisa yang berkongsi video lelaki berkenaan di Twitter berpendapat kejadian tersebut benar-benar berlaku dan dua beranak itu hanya mahu berkongsi kehidupan seharian mereka di media sosial.

 

Menerusi info yang diterimanya juga, lelaki terbabit dan anaknya tinggal di Kuala Nerus, Terengganu dan bersama netizen lain juga berhajat untuk memberi sumbangan kepada keluarga itu.

 

“Kami pilih doa lagi daripada duit” 

Sedar dirinya menjadi sebutan orang ramai, lelaki berkenaan kemudian memuat naik video baru di TikTok bagi menjelaskan keadaan dirinya.

Menurutnya, dia telah menerima pelbagai mesej dari ‘sahabat-sahabat’ (rakan di media sosial) yang mahu menghulurkan bantuan dan sumbangan buat dirinya.

Walau bagaimanapun lelaki ini memilih untuk menerima doa daripada netizen semua lebih lagi dari wang sumbangan yang ingin diberikan.

Allahu sebak min tengok video abang ni dengan anaknya. Semoga urusan hidup mereka dipermudahkan. Amin… 

 

sumber: LM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *