Hiburan

Shuk Sahar akhirnya tampil bersuara dan mengaku silap cur4ngi isteri.

SETELAH beberapa hari mendiamkan diri berhubung isu cur4ng, akhirnya pelawak Shuk Sahar tampil mengakui kesilapan diri.

Menyedari kesalahan yang telah dilakukan, Shuk atau nama sebenar Mohammad Shukri Mohamed Sahar berkata dia kini dalam usaha menjernihkan semula hubungannya dengan isteri, Rossalennah Natassyiah.

“Setiap orang melakukan kesalahan dan ini adalah kesalahan dan kesilapan saya.

“Ya bukan senang dan bukan mudah untuk jernihkan air yang telah keruh.

“Apa pun saya sanggup demi dapatkan balik keluarga dan kebahagiaan saya!” katanya.

 

Shuk bertemu dengan dua anaknya pada Rabu.

Shuk menulis luahan kesalnya itu menerusi Instagram pada Rabu.

Bersama kapsyen itu, dia turut berkongsi rakaman video bertemu dengan dua orang anak perempuannya iaitu Nur Qurratu Ain dan Nur Assyifatu Aimy.

Ya bukan senang dan bukan mudah untuk jernihkan air yang telah keruh!

SHUK SAHAR

PELAWAK

Sejak Sabtu lalu, krisis rumah tangga Shuk menarik perhatian netizen apabila isterinya iaitu Rossalennah Natassyiah Asshaferah mendakwa suaminya berlaku curang sekali lagi dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Fara Salleh.

Menerusi laporan mStar, Rossalennah menerusi laman sosial miliknya turut berkongsi beberapa rakaman video dia menerjah sebuah rumah mencari suaminya.

 

Shuk akan terus berusaha menyelamatkan rumah tangga dan keluarganya.

Bagaimanapun, Rossalennah mendakwa terpaksa beredar dengan hampa kerana dihalau ketika tiba di rumah berkenaan.

Rossalenna turut meluahkan rasa kecewa apabila suaminya tidak bercakap benar demi mempertahankan hubungan bersama wanita lain.

Terdahulu, Shuk sebelum ini pernah dikaitkan dengan Fara sekitar Julai tahun lalu.

Walaubagaimanapun, ketika itu perlakuan curang Shuk sudah diketahui oleh isterinya dan Rossalennah dikatakan pernah berbincang secara baik dengan Fara.

Difahamkan juga, Fara sebelum ini pernah terlibat dalam kontr0versi selepas didakwa dipukvl bekas kekasihnya iaitu penyanyi kumpulan Hyper Act, Kecik sekitar tahun 2017

Shuk mendirikan rumah tangga dengan Rossalennah Natassyiah Asshaferah pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan.

Sumber: Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *