Hiburan

Kemelut Rita Rudaini, Aidil Zafuan tak g4nggu em0si anak, rahsianya didikan agama! – “Mereka tak terkesan sikit pun… tak ambil kisah”

KEMELUT membabitkan pelakon Rita Rudaini dan bekas suami iaitu Aidil Zafuan Abdul Radzak sejak beberapa hari lalu sama sekali tidak mengganggu emosi dua anak mereka.

Rita atau nama sebenar Rita Rudaini Mokhtar berkata dua anak lelakinya iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna tidak ambil kisah dengan apa yang berlaku dan meneruskan kehidupan mereka seperti biasa.

Menurut Rita, anaknya kuat berdepan dugaan ini kerana diberi didikan agama secukupnya.

“Tengok mak depa (mereka) la… anak-anak saya tak terkesan sikit pun, depa tak ambil kisah.

“Depa kuat macam mak depa… nak tahu rahsianya? Ajar anak-anak hal-hal agama, InsyaAllah,” katanya.

Depa kuat macam mak depa… nak tahu rahsianya? Ajar anak-anak hal-hal agama, InsyaAllah!

RITA RUDAINI

PELAKON

Rita menjawab komen seorang pengikut di laman Instagram yang bertanyakan mengenai emosi dan penerimaan anak-anak ketika berdepan isu ini.

“Salam nak tanya, macam mana penerimaan anak-anak Kak Rita atas kes sekarang? Emosi mereka okay tak? Moga kalian bertiga kuat emosi dan sabar berdepan dugaan,” tulis seorang pengikut.

 

Rita beri anak-anak ilmu agama secukupnya.

Pada Isnin lalu, dunia hiburan panas apabila pelakon filem Kerana Korona itu sekali lagi mendedahkan mengenai sikap bekas suaminya itu.

Aidil berkahwin dengan Rita pada 2008 namun bercer41 pada September 2013.

Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Airit Rayyan Rizqin, 12, dan Airit Qaqa Arjuna, 10, yang kini di bawah jagaan Rita.

 

sumber: mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *