Uncategorized

Fr0nliner ‘taat SOP’ senasib dengan tok imam! S4kit hati dis4hkan p0sitif C0v1d-19 tapi men4ngis dengar kawan titip ungkapan penyedap hati

TIADA siapa yang mahu dij4ngkitu v1rus C0v1d-19 yang boleh membawa m4 ut, tetapi hakikat yang harus diterima w4bak itu sudah pun berada dalam komuniti.

Apa yang kita boleh lakukan adalah mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan seperti memakai pelitup muka dan mengamalkan penjarakkan sosial.

Seorang petugas kesihatan barisan hadapan (frontliner) berkongsi pengalamannya mengendalikan seorang pes4kit di wad C0v1d-19 yang kelihatan alim dan sentiasa membawa senaskhah al-Quran, beberapa minggu lalu.

“Ketika itu keadaan beliau agak ter0k juga, b4tuk yang sangat kuat sehingga pembacaan al-Qurannya tersekat-sekat. Semasa aku ingin mengambil tekanan darahnya, sempat aku bertanya bagaimana beliau boleh terkena jangkitan C0v1d ini.

Tidak tahulah encik, semua SOP saya ikut. Saya juga imam di sebuah surau dan saya juga pastikan jemaah ikut SOP dengan betul.

Akhirnya, saya yang terkena C0v1d. Macam manalah saya boleh terkena ini pun saya tak tahu, jawab pes4kit itu dengan sedikit nada kehampaan,” tulis pengguna Facebook bernama Zamri Shahri mengimbas kembali perbualan bersama pesakit itu.

 

Seorang petugas kesihatan mengendalikan pesakit C0v1d-19. gambar hiasan/ foto AZHAR MAHFOF/The Star

Jelas Zamri, dia sendiri sememangnya dikenali sebagai seorang yang mementingkan SOP dalam kalangan rakan-rakan sekerja, dan sentiasa membawa hand sanitizer sendiri ke mana sahaja.

“Aku tidak pernah walau sekali pun makan di tempat kerja. Selesai tugas, aku mandi dan terus balik. Tanyalah kepada sesiapa yang mengenali aku, baik dalam kalangan staf wad mahupun ketua dan penyelia jururawat.

“Sungguh mereka benar-benar mengenali aku dan cara aku bekerja. Dalam kalangan rakan-rakan satu jemaah pun sama. Banyak kali aku bertelagah dengan beberapa ahli jemaah dalam mempertahankan kew4jaran SOP,” katanya.

Namun, sebagai manusia kita hanya mampu merancang yang terbaik, tapi Tuhan yang menentukannya apabila dia sendiri akhirnya dijangkiti w4bak yang digervni itu.

Kejadian lewat petang 15 Januari lalu benar-benar mengubah caranya memandang takdir, menilai tutur kata sendiri dan melontarkan pengharapan kepada Tuhan, berubah!

“Tiba-tiba badanku terasa menggigil dan kepala mulai pening serta batuk mula kedengaran seolah-olah ada sesuatu kes4t yang tersangkut di tekak aku ini.

“Pulang ke rumah, aku memeriksa suhu badan, ternyata demam. Suhu 37.9 darjah celcius. Aku terus beritahu ketua jururawat ketika itu melalui telefon dan keesokan malamnya diarahkan untuk mengambil ujian swab tek4k dan rongga hidung,” tambahnya.

 

Pasukan frontliners bertugas demi masyarakat. foto AZHAR MAHFOF/The Star

Menurut Zamri, segala-galanya berlaku secara tiba-tiba kerana sebelum itu dia sihat seperti tiada apa yang berlaku, malah bersenam dan berjoging setiap petang.

“Dalam sekelip mata badan menjadi letih lesu, kepala menjadi pening sehinggakan tahap kes4k1tan itu tidak dapat aku terjemahkan dalam apa bentuk perkataan. Dem4m, ser4m sejuk dan b4tuk yang sangat mengganggu rutin harian aku.

“Kecewa? Tentu ada. Sakit hati? Itu yang aku rasa sekarang. Penat? Ya, memang penat mengawal diri mengikuti SOP dengan ket4t dan akhirnya p0sitif,” ujarnya.

Kecewa? Tentu ada. Sakit hati? Itu yang aku rasa sekarang. Pen4t? Ya, memang penat mengawal diri mengikuti SOP dengan ketat dan akhirnya p0s1tif

ZAMRI SHAHRI

Tidak terkecuali, katanya, ada yang cuba menyedapkan hatinya

Berehatlah Zamri. Allah tengok kau dah penat. Itu yang Dia bagi kau dan fr0nliners yang lain ‘peluang’ untuk berehat dengan ujian sebegini.

Percayalah, Dia nak kau berehat dan tidur sebelum berjuang semula. Serius, aku menangis mendengarkan perkataan ini,” katanya.

 

Reaksi seorang petugas kesihatan yang sedang bertugas. gambar hiasan/ foto AZHAR MAHFOF/The Star

Dia turut memuat naik gambarnya dijemput oleh kenderaan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk dibawa ke Hospital Rembau, Negeri Sembilan.

“Demi sesungguhnya, Tuhan menjadi saksi yang aku telah usaha sedaya upaya menjaga diri dari dijangkiti. Dan akhirnya, C0v1d itu berjaya juga menewaskan aku,” kata Zamri.

Mengenang kembali momen itu, hatinya sayu mendengar tangisan anak-anak di sebalik pintu pagar.

“Ayah, jangan pergi. Ayah tak sayang kami ke? Seb4k hati aku. Mereka sedaya-upaya cuba menghalang aku keluar menuju ke kenderaan hospital.

“Allahuakbar! Doakan saya cepat sembuh dan semoga Allah menjaga keluarga yang saya tinggalkan bagi menghabiskan waktu kuarantin ini,” katanya.

Sumber: mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *