Uncategorized

‘Ia berkaitan isu peribadi Shuk’ – Wanita Ini Tampil Buat Pendedahan. Jawatan Dia Bukan Biasa2

Kuala Lumpur: Pengurus Besar Kumpulan, Audiens & Pemasaran, Ripple, Anida Mohd Tahrim memaklumkan pelawak dan penyampai radio Hot FM, Shuk Sahar berhadapan penggantungan sementara perkhidmatannya di stesen itu kerana masalah peribadi.

Terdahulu, hari ini pihak pengurusan Hot FM mengeluarkan kenyataan mengesahkan penggantungan sementara perkhidmatan Shuk yang mengendalikan segmen Geng Pagi Hot berkuat kuasa serta merta.

Anida dihubungi berkata Shuk sudah dimaklumkan mengenai penggantungan sementara perkhidmatannya itu yang berkuat kuasa serta merta, sejak semalam.

“Sehingga bila tempoh penggantumgan perkhidmatan sementara Shuk itu tidak dapat dipastikan kerana buat masa ini siasatan dalaman masih dibuat oleh pihak pengurusan berkaitan isu tular membabitkannya.

“Apa yang boleh dikata, ia berkaitan isu peribadi Shuk. Bagaimanapun, untuk perkembangan terkini berhubung penggantungan perkhidmatan sementara itu akan dimaklumkan sebaik siasatan dalaman selesai,” katanya kepada Harian Metro.

 

KENYATAAN Media dari pihak pengurusan Hot FM.

Sementara itu, Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar yang cuba dihubungi Harian Metro tidak menjawab panggilan, manakala kiriman mesej menerusi WhatsApp dan Telegram juga tidak dibalas.

Menerusi Instagram Shuk, kali terakhir dia kemaskini hantaran sekitar empat hari lalu mengenai rakaman video yang dibuat di rumah baharu, namun yang kedengaran suara wanita menangis.

Menurut Shuk dalam kapsyen di tulis, kediaman itu baharu didudukinya bersama isteri, Rossalennah Natassiah Asshaferah dan keluarga, malah mereka belum berkesempatan membuat kenduri doa selamat.

Menerusi ruangan komen ditulis, rata-rata ia menjadi medium ‘serangan’ segelintir warganet kepada Syuk berikutan isu tular membabitkan kisah pergolakan rumah tangganya yang berlaku ketika ini.

Terdahulu, tular di media sosial mengenai kemelut rumah tangga Shuk apabila isterinya, Rossalennah yang membuat pendedahan berani mengenai kecurangan dilakukan pelawak itu.

Menerusi beberapa perkongsian hantaran yang dimuat naik Rossalennah menerusi Instagram, mendedahkan Shuk masih lagi curang bersama wanita lain di belakangnya.

Rossalennah juga mendakwa suaminya itu masih lagi menjalin hubungan dengan wanita sama yang pernah dikaitkan dengan Shuk sebelum ini.

Fara Salleh muncul buat pengakuan, hubungan cinta dengan Shuk dah berakhir

Takut dengan pelbagai ugu-tan daripada individu tidak dikenali, wanita yang didakwa menjalinkan hubungan sulit dengan penyampai radio, Shuk Sahar iaitu Fara Salleh tampil membuat laporan polis.

 

Menurut wanita berusia 28 tahun itu, dia kesal apabila isteri Shuk, Rossalennah Natassyiah Asshaferah menyebarkan maklumat peribadi seperti nombor telefon dan alamat rumahnya kepada umum tanpa kebenarannya.

Berikutan peristiswa tersebut, kini dia dihubungi individu yang tidak dikenali menerusi WhatsApp dan panggilan sehingga terpaksa membuat laporan polis kerana bimbang atas keselamatannya.

“Saya terima bermacam-macam ugutan menerusi WhatsApp, call termasuk ada yang nak ug-ut nak bu-nuh… sebab tu saya terpaksa buat laporan polis.

“Ia berlaku selepas video saya dimuat naik di media sosial,” katanya kepada pihak mStar Online pada Ahad malam.

Menerusi temubual tersebut, Fara ditemui selepas membuat laporan di Balai Polis Mutiara Damansara di Petaling Jaya lantaran ‘diserang’ isteri Shuk dalam kejadian awal pagi Sabtu di rumahnya.

Menurut Fara, Rossalennah hadir ke kediaman dan mendakwa dirinya menyembunyikan Shuk di dalam rumah. Namun begitu, dia enggan membenarkan Rossalennah masuk ke rumahnya atas faktor keselamatan.

Bagaimanapun, isteri Shuk masih berkeras ingin masuk ke rumahnya walaupun setelah Fara mengemukakan cadangan untuk mengubungi JAIS, pihak polis serta mengajak melakukan panggilan video bertujuan untuk ‘home tour’ bagi membuktikan Shuk tiada bersamanya.

“Cuma saya kecewa bila tiada rasa tanggungjawab dengan menularkan nombor telefon, menularkan dengan keadaan kita pun macam aib kot masa kat dalam rumah. Benda tu sangat meng4ibkan saya,” tegas Fara.

Sementara itu, apabila ditanya berkenaan hubungannya dengan Shuk, wanita tersebut menjawab dengan ringkas dan mengakui segalanya sudah berakhir.

“You guys boleh cakap apa pun, judge, sebab takde dengan saya, tak hidup dengan saya. Saya cuma baca dan diam je,” luahnya mengakhiri temubual.

Sumber : http://trendingsangat.pw/ia-berkaitan-isu-peribadi-shuk-pengurus-besar-anida-tampil-buat-pendedahan/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *