Hiburan

“Tak mewah, tak besar tapi saya bersyukur”- Baru 16 tahun, Coki bangga dapat bantu bapa beli kereta

PERSONALITI media sosial yang kini bergelar pelakon, Coki meluahkan rasa syukur apabila impiannya untuk membantu bapa membeli sebuah kereta tercapai.

Menurut Coki atau nama sebenar Muhammad Danish Daniel, 16, hasil pendapatannya itu diberikan kepada bapa bagi membeli sebuah kereta baharu jenama Perodua Myvi.

“Alhamdulillah hasil kerja saya sejak tahun lalu dapatlah membantu bapa beli kereta, saya kira macam sedikit sumbangan dan hadiah untuk orang yang saya sayang.

“Walaupun bukan kereta mewah tapi saya berbangga dan bersyukur kerana dapat berikan sesuatu untuk bapa… bolehlah jadi kenderaan untuk memudahkan kami bergerak nanti.

“Tapi ini bukan kereta saya tau… saya belum ada lesen lagi! Kalau ada rezeki dan berjaya nanti, insyaAllah saya nak beli kereta idaman saya iaitu Ford Mustang!” katanya kepada mStar.

 

Coki bersama bapa tersayang, Shamsaimi.

Sebelum itu, Coki berkongsi foto bersama bapanya Shamsaimi di samping kereta Myvi berwarna biru.

“Tak besar, tak mewah, tak mahal… tapi besar, mewah dan mahal pengorbanan papa dan pak long untuk Coki, ” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Alhamdulillah, saya terima banyak tawaran lakonan! Sekarang saya sudah menetap di KL.

COKI

PELAKON

Bercakap mengenai karier seni, Coki berkata dia menerima banyak tawaran lakonan dan sedang menjalani beberapa penggambaran drama serta telefilem.

Mahu fokus dalam bidang ini, Coki yang pernah digelar Raja Slowmo Malaysia ini memberitahu dia sudah berpindah dan menetap di Kuala Lumpur bersama bapa saudaranya.

 

Murah rezeki… Coki terima banyak tawaran lakonan.

“Alhamdulillah, saya terima banyak tawaran lakonan… cumanya sekarang tengah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), jadi ada yang terpaksa ditangguhkan.

“Bagi memudahkan urusan seni di sini, saya ambil keputusan untuk berpindah ke Kuala Lumpur tapi ibu dan bapa masih lagi di Kedah.

“Walaupun sibuk berlakon saya tak mahu tercicir dalam pelajaran, jadi saya ikuti pembelajaran secara home school… insyaAllah saya akan seimbangkan antara kerjaya dan pelajaran sebaik-baiknya,” ujarnya.

Sumber: Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *