Uncategorized

Tertidur ketika bertugas dan pengs4n. ‘Perginya seorang perwira negara’

Kuala Lumpur: Seorang doktor yang bertugas sebagai barisan hadapan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meni-nggal dunia, kelmarin.

Berita sedi-h itu disampaikan menerusi hantaran dimuat naik Skuad Pengurusan J3nazah Malaysia (SPJM) di Facebook (FB), semalam.

Menerusi hantaran itu, SPJM memaklumkan, pihaknya dimaklumkan mengenai kem4tian Allahyarham Dr Ali Noor Hassan melalui akaun FB miliknya.

“Arwah adalah ahli berdaftar SPJM dan mengikuti SPJM sejak 2018 serta menyertai Kursus Pengurusan Jenazah SPJM di Surau Quba Sentul pada dua tahun lalu.

“Dr Ali dikhabarkan sebagai seorang ahli khidmat dakwah dan sudah dua kali menyertai ijtimak atau perhimpunan jemaah tabligh di Beaufort, Sabah.

“Setiap kali ijtimak besar jemaah tabligh di Sabah, Dr Ali akan datang dari Selangor berkhidmat secara sukarela sebagai petugas peru-batan bagi peserta ijtimak,” katanya.

Menurutnya, SPJM kehilangan seorang ahli yang begitu komited berkhidmat untuk ummah.

“Semoga Allah SWT menerima segala amal kebajikan beliau dan mengampuni segala dosanya yang lampau. Salam takziah buat ahli keluarganya,” katanya.

Dalam hantaran itu, SPJM berkongsi gambar terakhir Dr Ali yang sempat diambil rakannya sebelum beliau j4tuh s4kit kerana be-ban kerja terlalu pen4t dan le-tih selain kekurangan masa untuk beristirehat selepas bertugas di barisan hadapan KKM men4ngani C0vid-19.

Difahamkan beliau tertidur ketika bertugas dan pengs4n.

Surat terbuka 46 doktor dapat balasan Muhyiddin

Sebelum ini Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengalu-alukan sebarang nasihat dan pandangan daripada pakar kesihatan demi untuk mengurangkan penularan kes jangkitan C0VID-19 dan kesan jangka panjang w4bak itu terhadap kehidupan rakyat.

Muhyiddin juga menjemput wakil pakar kesihatan yang menandatangi surat terbuka kepada perdana menteri, untuk bertemu dengan beliau dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba bagi membincangkan perkara berkenaan.

 

“Saya bersetuju untuk membentuk Kumpulan Penasihat Kesihatan dan Sainstifik C0VID-19 yang akan menasihati kerajaan mengenai perkara-perkara berkaitan dengan pengurusan pandemik C0VID-19 dan saya menggesa anda untuk mencalonkan, individu yang sesuai untuk menjadi anggota kumpulan penasihat ini,” katanya dalam kenyataan.

Muhyiddin berkata demikian sebagai reaksi kepada terhadap surat terbuka yang diterimanya daripada sekumpulan pakar kesihatan pada 7 Jan lepas yang mencadangkan 10 tindakan segera dan kritikal untuk dipertimbangkan dalam usaha menangani kes4n bu-ruk akibat C0vid-19.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada kumpulan pakar berkenaan yang telah mengetengahkan kepentingan pendekatan dalam surat berkenaan yang membabitkan semua pihak dalam masyarakat dan setuju untuk terus meningkatkan usaha keterlibatan masyarakat, industri, sektor swasta dan komponen penting lain dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Usaha ke arah meningkatkan kepatuhan terhadap peraturan yang dikuatkuasakan demi kebaikan rakyat, akan tetap menjadi keutamaan pentadbiran saya, begitu juga usaha meningkatkan pencegahan.

“Sebagaimana yang anda ketahui, melalui strategi yang dilaksanakan semasa gelombang kedua, kita berjaya melandaikan lekuk kes harian C0VID-19 kepada satu digit selama hampir tiga bulan.

“Namun, dengan peningkatan pergerakan orang dan ketidakpatuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP), bermula dengan pilihan raya negeri Sabah, kes harian telah meningkat dan berikutan itu, gelombang ketiga diisytiharkan pada 20 Sept tahun lepas,” katanya.

Sejak itu, tegas Muhyiddin, jumlah kes terus meningkat, sehingga memaksa kerajaan menguatkuasakan langkah-langkah yang lebih ketat seperti Pengisytiharan Proklamasi Darurat oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di bawah Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan yang berkuat kuasa mulai 11 Jan hingga 1 Ogos 2021, untuk mengawal penul4ran vi-rus C0VID-19.

Katanya, dengan perisytiharan darurat itu, telah membolehkan Ordinan D4rurat (Kuasa-Kuasa Penting) 2021 diwartakan yang membenarkan kerajaan menguruskan w4bak dengan lebih berkesan.

Muhyiddin berkata kerajaan juga akan terus mengetepikan politik, sebaliknya memberi fokus ke arah usaha menamatkan penularan wabak C0VID-19 dan mengetuai usaha negara ke arah proses pemulihan yang sukar.

“Izinkan juga saya untuk menjawab cadangan terakhir dalam surat anda dan meyakinkan anda bahawa fokus utama pentadbiran saya adalah untuk menguruskan maklum balas dari seluruh negara terhadap wabak ini dan mengurangkan kesannya terhadap aspek sosial dan ekonomi.

“Saya juga memohon dan akan terus meminta agar usaha secara kolektif dijalankan. Saya menghargai hasrat anda untuk menyokong kerajaan dalam hal ini dan berharap dapat bekerjasama dengan wakil anda,” katanya.

– Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *